Struktur otak manusia Aminah Ayob (2005) |
Otak manusia
dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya seperti berikut:
i.
Pangkal
otak (dikenali juga sebagai Reptilian Brain) terdiri daripada:
o
Kerak
dalam (pon dan sistem retikular) – mengawal proses hidup
o
Medula
– mengawal fungsi bukan rela organ-organ utama; tidur dan jaga (arousal)
o
Serebelum
– imbangan/pergerakan
ii.
Otak
bawah (sistem limbik) – kritikal untuk motivasi, emosi dan ingatan; terdiri
daripada:
o
Talamus – pusat kawalan deria
o Hipotalamus
– mengawal suhu badan, lapar/dahaga, aktiviti sistem saraf, rembesan hormon
oleh kelenjar pituitari dan pusat keseronokan
o Amigdala –
pusat keagresifan
o Hipokampus
– lokasi pembentukan ingatan
iii.
Otak luar
(korteks serebrum) – the thinking brain
o
Korteks –
lokasi kecerdasan
o
Neokorteks
– mengawal penglihatan, pendengaran, percakapan, pemikiran dan reka cipta; ia
terdiri daripada beberapa bahagian (lobes)
Deskripsi ini
menunjukkan proses pembelajaran dan pemikiran memerlukan keseluruhan bahagian
otak, iaitu otak luar, otak bawah (khususnya talamus dan hipotalamus) dan
pangkal otak bagi mewujudkan keadaan sedia, jaga atau waspada.