Pages

Saturday 10 December 2011

Struktur Otak Manusia

Struktur otak manusia
Aminah Ayob (2005)

Otak manusia dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya seperti berikut:

i.              Pangkal otak (dikenali juga sebagai Reptilian Brain) terdiri daripada:
o        Kerak dalam (pon dan sistem retikular) – mengawal proses hidup
o        Medula – mengawal fungsi bukan rela organ-organ utama; tidur dan jaga (arousal)
o        Serebelum – imbangan/pergerakan

ii.             Otak bawah (sistem limbik) – kritikal untuk motivasi, emosi dan ingatan; terdiri daripada:
o                  Talamus – pusat kawalan deria
o           Hipotalamus – mengawal suhu badan, lapar/dahaga, aktiviti sistem saraf, rembesan hormon oleh kelenjar pituitari dan pusat keseronokan
o           Amigdala – pusat keagresifan
o            Hipokampus – lokasi pembentukan ingatan

iii.            Otak luar (korteks serebrum) – the thinking brain
o        Korteks – lokasi kecerdasan
o        Neokorteks – mengawal penglihatan, pendengaran, percakapan, pemikiran dan reka cipta; ia terdiri daripada beberapa bahagian (lobes)

Deskripsi ini menunjukkan proses pembelajaran dan pemikiran memerlukan keseluruhan bahagian otak, iaitu otak luar, otak bawah (khususnya talamus dan hipotalamus) dan pangkal otak bagi mewujudkan keadaan sedia, jaga atau waspada.
www.upsi.edu.my